Keluarga Daif Di Jambu Bongkok



jambu bongkok

Pada 27 dan 28 Julai 2007, sekumpulan warga kerja TKO telah menyiapkan tandas di rumah Puan Azizah yang bertempat di Jambu Bongkok. Antara ahli TKO Timur yang terlibat ialah RM Skepo, SaripDol, Bahulu dan Datuk Manir.

Keluarga Miskin Di Dungun Terengganu

Pada 23 Januari 2007, warga TKO Timur seramai 3 orang iaitu Apache, RM Skepo dan Wanistelroy telah membantu penduduk miskin yang beralamat di No. 383, Lorong Bunga Raya, 23000 Dungun, Terengganu.

Berikut dipaparkan aktiviti yang telah mereka jalankan :-

1- Menjelaskan semua Yuran Sek Rendah Utk 2 Orang (Tahun 2 dan Tahun 5). Yuran telah dibayar oleh keluarga ini sebanyak RM20.00 sebelumnya.

2- Mendaftarkan Mohd Ikhwan masuk ke Tingkatan Satu ke Sek. Men. Balai Besar. Juga menjelaskan kesemua yuran persekolahan utk tahun ini.

3- Membeli kelengkapan persekolahan spt baju, kasut, alat tulis dll yang berkaitan utk kesemua 3 beradik ini.

Kami semua mengucapkan terimakasih dan menghargai jasa baik pihak sekolah, Sek. Ren. Batu 48 dan Sek Men. Balai Besar kerana kerjasama mereka.
Pihak Sek. Ren. Bt 48 juga telah memasukkan kedua beradik ini dibawah program RMT 2007.

TranungKite : Jika sesiapa ada menyimpan gambar berkenaan aktiviti ini, sila maklumkan kepada Admin untuk diupload ke blog ini.

Delegasi TKO Ke Sabah



sabah

Warga kerja TKO yang telah diketuai oleh Encik Ramlisdar telah ke sebuah Pusat Pengajian Pendidikan Islam Fi Dzilal Quran Kg Rosok, Kota Belud, Sabah.

Majlis Penyerahan Baju Raya



kupang

Gambar² sewaktu majlis penyerahan baju raya kepada anak² yatim Rumah Yakin Tahfiz Al Wadi, Kupang.

Sejenak Bersama Anak² Yatim


Aktiviti 1 Siri 1


Aktiviti 1 Siri 2

Rumah Yakin Tahfiz Al-Wadi Kupang

Dihari penyerahan 6 Oktober 2007 di surau Rumah Yakin Alwadi selepas solat zohor mencatat sejarah TKO Global/ Utara, program kita berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kami pulang dengan berbagai episod yang banyak menjadi pengajaran. Antaranya...

Sebak dada saya bila Ustaz Daud bertanya Zulaika "mak mana? ", "Mak lari". Hati saya sudah tersentap dengan jawap petah Zulaika. Ustaz Daud bertanya lagi dengan suara inginkan kepastian "Mak mana?". Untuk kali kedua Zulaika hanya mampu memekup mukanya. Tidak ada lagi perkataan yang terkeluar dari mulut Zulaika. Suasana hening seketika. Hadirin mula tangkap shahdu. Lelaki hensem berambut panjang disebelah saya dilihat mengesat air mata. Tidak ku sangka mat rock pun berjiwa sensitif begitu. Saya cuba menahan butiran manik jernih dari mengurai jatuh dari kelopak mata saya. Ternyata saya juga gagal seperti mat rock sebelah saya.

Zulaika memang anak pintar dan petah. Seusianya 5 tahun sudah punya perasaan menjadi anak yang ditinggalkan ibu yang sepatutnya menjadi dahan tempat bergantung kasih sayang. Tingkah Zulaika dengan memekup muka tanpa sebarang patah perkataan membuatkan kami faham apa yang terbuku dihati anak kecil ini. Selepas Zulaika duduk semula, hadirin masih terdengar esak tangis Zulaika. Mungkin hatinya remuk redam bila mengenangkan nasibnya begitu, hanya tangisan mungkin berjaya merawat sejenak duka dari sejarah hitam yang perlu dilaluinya seusianya begitu mentah sekali.

Hati saya dipenuhi seribu persoalan "bagimana mungkin seorang ibu tergamak lari meninggalkan anak2nya, apakah sudah tercabut naluri kasih sayang dari sanubari seorang ibu?" Persoalaan yang tiada jawapan.

Ya, Zulaika mungkin gembira dengan sepersalinan baju kurung merah hati, bertudung merah jambu siap dengan bruce sekali bersama2 dengan kakaknya yang lain, tapi samakah shawalnya dengan baju baru yang dihadiahkan oleh TKO Global/Utara disaat takbir bergema dipagi raya berbanding dengan anak2 lain yang bernasib baik yang ibunya siap memandikan mereka dan memakaikan juga sepersalinan baju baru?

Zulaika bukan anak yatim, jika tidak ada insan seperti ustaz Daud dan kakitanganya, dimanakah agaknya anak2 seperti ini akan menumpang kasih untuk meneruskan perjalanan kehidupan yang baru bermula itu?

Terdetik dihati saya, kita sepatutnya membantu lagi Ustaz Daud dalam misinya menjaga anak2 yang kurang bernasib baik ini.

Tapi untuk seketika ini, sekurang2nya warga TKO yang prihatin dapat juga menggembirakan mereka sekadar upaya kita didalam suasana Shawal yang bakal menjelang hanya beberapa hari lagi. Ucapan kami dari warga TKO "Selamat Hari Raya Anak-Anak Ku di Rumah Yakin Al-Wadi".

(Mat_Bon)

Tentang Kami


Blog ini diwujudkan hasil kesinambungan aktiviti² kebajikan yang dilakukan oleh ahli² Forum Tranungkite Online atau lebih sinonim dengan nama TKO. Bahan² yang dikumpul di blog ini adalah dirujuk terus daripada laman web tersebut. Objektif blog ini dihasilkan adalah untuk memberi input yang tepat dan maklumat yang lebih tersusun. Semua bahan yang berada di blog ini sama ada tulisan, gambar dan video adalah hakcipta milik TKO sepenuhnya.

Anda boleh mengambil apa saja bahan yang berada di blog ini tetapi hendaklah diberikan "kredit" kepada blog ini. Pihak pengurusan blog ini berharap agar anda mendapat manfaat daripadanya. Justeru, sumbangan anda sepanjang aktiviti kebajikan TKO dilakukan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah Taala jua yang membalas amal jariah yang anda taburkan.

Tranungkite Online - Berita Terkini Pelbagai Sumber